Sunday, 20 November 2016


                                                           PENGALAMANKU

Tajuk: “MAKWE”

Pagi itu telah menampakkan sinarnya, menerangi keadaan rumahku yang berdiri megah walaupun tidak semegah rumah jiran sekelilingku. Angin semilir berhembus dengan lembut. Menerpa dedaunan pohon berukuran besar dan menari mengikuti arah angin. Sedang aku melayan keindahan ciptaan tuhan tetiba terdengar panggilan suara lembut dari dalam rumahku.

“Ujang ! ohhh.. Ujang ! Suara itu menyentak aku dari lamunan seketika aku.

“Ya saya, Makwe.” Jawab aku dengar kadar segera dan pantas aku menuju ke dalam rumah.

Kelihatan sekujur tubuh yang terbaring lemah dan tak berdaya seperti pokok yang telah layu kekeringan tanpa di jaga dengan baik. Seorang insan yang dahulunya banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan sebenar kini kian menghampiri waktunya dia pergi.

“Ya Makwe,” Jawab aku sambil jari jemari ku diletakkan di atas dahinya dengan lembut.

“Ujang teruskan hidup ya” sambil tangannya cuba diangkat untuk mengapai pipiku.

“Kenapa Makwe cakap macam itu? Makwe dah tak sayang Ujang kah? Kalau Makwe taka da siapa nak ajarkan Ujang mengaji? Siapa yang nak temankan ujang cari Pucuk Ubi lagi? Tanyaku bertalu-talu dengan nada yang sebak dan tertunduk.

Air mataku terus mengalir bagaikan air sungai yang sangat deras apabila aku melihat air mata nenekku juga sudah mengalir seakan mengetahui yang dia tidak akan lagi bersama cucunya lagi dan seakan mengetahui dirinya akan pergi menghadap Illahi.

“Makwe akan selalu tengok Ujang dekat sana nanti, jaga solat.” Ujarnya sambil nafasnya tercunggap-cunggap bagaikan tidak mampu bernafas dengan baik. Pesanan yang ringkas tapi penuh makna untuk beliau meninggalkan dunia yang sementara ini buat cucu yang sering bersamanya.

“Mengucap Makwe ! Mengucap. Jawabku dengan keadaan yang sebak bercampur keadaan air mata aku yang terus mengalir membasahi pipi bagaikan aliran air sungai yang tiada penghujungnya.

Dengan satu lafaz kalimah syahadah kehidupan aku berubah bagaikan kehilangan separuh daripada kehidupan sebenar aku. Kadang-kadang aku masih tertanya dengan diri aku, adakah ini mimpi atau hanya khayalan semata-semata. Namun aku sedar kehidupan ini hanya sementara, dan mungkin aku yang akan pergi selepas ini,

Makwe, cucu makwe dah belajar sampai Ijazah, kalau Makwe ada mesti Makwe orang paling sibuk, Makwe yang akan bertungkus lumus siapkan barang-barang Ujang. Tapi, Allah lebih sayangkan Makwe.

“Abang.. Abang !” Sambil bahu aku disapa oleh seorang wanita. Sapaan itu telah menyedarkan aku dari kenangan yang kini sudah hampir 10 tahun lamanya namun, masih terasa seperti semalam berlakunya.

“Anak emak termenung apa itu?” Sambil memeluk bahu aku.

“Tak ada apa  Emak, Cuma teringat arwah Makwe” sahutku dengan nada yang sebak.

“Kalau rindu Makwe, sedekahkan Al-Fatihah, In sha Allah Makwe tenang di sana” Pujuk ibuku bagi meredakan kesedihanku.

“Baiklah emak.” Jawabku dengan redha.

Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sehingga kini, seorang insan yang rapat dengan aku telah pergi selamanya.Semoga Makwe tenang di sana.

No comments:

Post a Comment