TIMBUNAN
SAMPAH MENGUNDANG PADAH !
Negeri
Sembilan: Seremban 2, pelajar di sebuah IPTS iaitu Kolej Teknologi Alpha telah menerima
padah akibat perbuatan mereka sendiri disebabkan membuang sampah di tempat yang
tidak sepatutnya. Sebilangan pelajar yang tidak bertanggungjawab ini telah
menjadikan tangga sebagai tempat mereka membuang sampah. Hal ini telah
disebabkan sekitar tempat pembuangan sampah berbau busuk. Keadaan tangga di
blok F bukan sahaja berbau malah penuh dengan ulat dan sisa-sisa makanan.
Keadaan ini telah menjadikan suasana di tangga tersebut seperti tempat
pelupusan sampah. Perkara ini telah sampai kepada telinga pihak pengawal
keselamatan kolej. Pihak keselamatan telah mengambil tindakan kepada
bilik-bilik yang berkenaan untuk membersihkan kawasan tersebut. Pelajar-pelajar
yang terlibat telah diambil tindakan dengan diambil nama dan nombor kad matrik
mereka untuk memastikan kejadiaan ini tidak berulang.
No comments:
Post a Comment